Covid-19: Indonesia catat 8,854 kes positif dalam 24 jam
Iklan
JAKARTA - Indonesia mencatatkan kes positif baharu Covid-19 tertinggi sejak kes pertama dikesan Mac 2020, selepas merekodkan 8,854 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.
Kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 788,402 kes, manakala 70,029 pesakit masih dalam pemantauan, akibat dijangkiti virus berkenaan.