Jalan Kenyir- Felda Aring ditutup akibat tanah runtuh

Iklan
Jalan Kenyir- Felda Aring, di sini ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh sepanjang 100 meter. Foto Ihsan PDRM

HULU TERENGGANU - Jalan Kenyir- Felda Aring, di sini ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh sepanjang 100 meter, tengah hari Rabu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, hujan lebat sejak Selasa selain aliran air yang deras menyebabkan tanah runtuh dan jalan berkenaan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan pada jam 12.15 tengah hari tadi.

Iklan
Iklan
Tanah runtuh sepanjang 100 meter di Jalan Kenyir- Felda Aring, Hulu Terengganu. Foto Ihsan PDRM
Iklan

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu jalan Kuala Krai, Kelantan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Pemasangan tanda amaran bagi makluman tanah runtuh telah dilaksanakan oleh pihak konsesi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan