Permaisuri Johor ziarah keluarga mangsa lemas

Iklan
Permaisuri Johor bertemu ibu bapa Nurul Ain. Foto: Royal Press Office

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan berangkat menziarahi keluarga mangsa lemas, Nurul Ain Sajali,8, di Kampung Sepakat, Masai, di sini, hari ini.

Memetik posting terbaru laman Facebook The Royal Johor, Raja Zarith Sofiah tiba di kediaman kanak-kanak terbabit pada jam 9 malam, beberapa minit selepas ketibaan jenazah mangsa.

Iklan
Iklan

Nurul Ain lemas dalam tragedi di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi semalam, dan mangsa ditemui kira-kira jam 4.30 petang hari ini.

Baginda Tuanku Permaisuri meluangkan masa hampir 45 minit membaca surah Yasin serta menemui kedua ibu bapa arwah Nurul Ain, Sajali Ninmat dan Nurin Abdullah.

Iklan

Jenazah Nurul Ain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pertanian selepas selesai solat Isyak.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Tuanku Permaisuri Johor menzahirkan rasa sedih di atas tragedi yang menimpa kanak-kanak itu, dan baginda Tuanku berdua turut berkongsi kesedihan.

Iklan