KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan dakwaan cuaca musim sejuk seperti kota London bakal melanda Malaysia pada Februari nanti.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, dakwaan yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp itu adalah maklumat palsu, yang pernah tersebar pada 2016 dan telah diulang siar.