Amaran cuaca buruk di beberapa negeri sehingga Selasa
Iklan
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Isnin mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan pada 11.15 pagi memaklumkan, kawasan yang dijangka terbabit di Terengganu adalah daerah Kemaman manakala kawasan di Pahang adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin serta daerah Mersing di Johor.