Cadang bekas pemain bola sepak Bahrain dihantar ke negara lain

Iklan
Hakeem al-Araibi. - Foto AFP

BANGKOK - THAILAND. Menteri Luar Thailand mencadangkan agar bekas pemain bola sepak Bahrain, Hakeem al-Araibi dihantar ke negara lain, dan bukannya diekstradisi ke Bahrain bagi menjalani hukuman penjara.

Don Paramudvinai berkata, beliau telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Bahrain dan Australia, dan menurutnya cadangan berkenaan adalah lebih mudah dalam membantu menyelesaikan kes Al-Araibi.

Iklan
Iklan

Paramudvinai menambah, Thailand turut bersedia membantu mengendalikan rundingan berhubung kes bekas pemain bola sepak terbabit.

Beliau turut berkata, kes Al-Araibi kini dalam proses penghakiman dan keputusan terletak kepada mahkamah Thailand.

Iklan

Isnin lalu, Mahkamah Jenayah Thailand membuat keputusan melanjutkan tahanan Al-Araibi selama 60 hari sehingga 22 April bagi memberikan pihak pembelaan masa untuk memperkuatkan hujah menentang ekstradisi ke Bahrain.

Al-Araibi,25,mendapat status pelarian di Australia setelah melarikan diri dari Bahrain pada 2014, di mana dia dituduh terlibat dalam serangan ke atas sebuah balai polis dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun secara 'in absentia'.

Iklan

Bekas pemain pasukan bola sepak kebangsaan Bahrain terbabit menafikan segala tuduhan, dan mendakwa menjadi sasaran kerana abangnya merupakan seorang aktivis politik di Bahrain. - Press TV