Khatam al-Quran hiasi malam tahun baru
Iklan
Masjid Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh menghiasi sambutan tahun baharu 2021 dengan menganjurkan majlis khatam al-Quran.
PASIR PUTEH - Masjid Mukim Padang Pak Amat di sini menghiasi malam sambutan tahun baharu 2021 dengan menganjurkan Majlis Khatam al-Quran.
Imam Satu, Abu Husain Radzi berkata, penganjuran julung kali itu bertujuan menyuburkan lagi bacaan al-Quran dalam kalangan masyarakat supaya terus menjadikan kita suci itu sebagai rutin harian dan mendalami maksudnya.
Iklan
Iklan
"Hal ini kerana, al-Quran mengandungi pelbagai manfaat termasuk memacu kehidupan manusia," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.
Menurutnya, program tersebut telah menarik penyertaan remaja seawal usia 13 tahun dan warga emas berumur 90 tahun.
Iklan
Penganjuran tersebut mengikut SOP bagi mencegah Covid-19 dengan memakai pelitup separuh muka dan penjarakan fizikal selain menulis nama pada buku rekod kehadiran.
Beliau berkata, majlis tersebut dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti solat hajat memohon supaya dunia segera dipulihkan daripada pandemik Covid-19.
"Turut diadakan ceramah motivasi al-Quran oleh Pemegang Sanad Qiraat A'sim Tertinggi dan Qiraat 10 Sughro, Ahmad Zamzami Che Daud dan solat Isyak berjemaah sebagai acara penutup," katanya.
Iklan
Abu Husain berkata, penganjuran tersebut mengikut prosedur operasi standart (SOP) bagi mencegah Covid-19 dengan memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal selain menulis nama pada buku rekod kehadiran.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang"><meta itemprop="description" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ancaman #harimau #penorehgetah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T07:53:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmxuu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmxuu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmxuu"></script>