'Wahai pejuang, teruskan usaha ini'

Iklan
Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA - Genap setahun berperang dengan Covid-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus berjuang.

Menerusi video tribute khas untuk barisan hadapan yang dilancarkan pada Khamis, beliau berkata, di saat sedang mendepani pandemik tersebut bukan masa untuk menuding jari mencari salah.

Iklan
Iklan

"Tatkala kita tertekan dan gusar dengan beban yang ada, ingatlah kembali kepada matlamat kita memberi perkhidmatan ini," katanya.

Menurutnya, niat untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat perlu dikekalkan walaupun berdepan cabaran.

Iklan

"Wahai pejuang, teruskan usaha ini bukan pangkat yang kita idamkan, bukan pingat yang kita inginkan bukan balasan wang ringgit yang impikan.

"Apa yang penting hanya keikhlasan yang menjadi tonggak kepada perjuangan ini demi pesakit, masyarakat dan negara tercinta," katanya.

Iklan

Dr Noor Hisham yang juga digelar Panglima Perang turut mengulangi kenyataannya bahawa kerjasama semua pihak dapat memutuskan rantaian Covid-19.

"Insya-ALLAH kalau kita berusaha, kita boleh memutuskan rantaian dan jangkitan dalam negara," katanya.