Biden mahu Kongres tambah dana rawatan Covid-19
Iklan
WASHINGTON - Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mendesak Kongres menyediakan dana tambahan bagi membiayai rawatan Covid-19, lapor agensi berita Sputnik.
"Semua ini, vaksinasi, pengujian dan peralatan perlindungan memerlukan lebih banyak dana dari Kongres berbanding jumlah baharu yang telah dipersetujui," kata Biden kepada wartawan pada Selasa.