Rusia rancang lancar tiga lagi Proton-M tahun depan

Iklan
Rusia merancang melakukan tiga pelancaran roket pengangkut Proton-M dari Cosmodrome Baikonur tahun depan, tiga kali lebih banyak berbanding 2020.

MOSCOW - Rusia merancang melakukan tiga pelancaran roket pengangkut Proton-M dari Cosmodrome Baikonur tahun depan, tiga kali lebih banyak berbanding 2020.

Tahun ini, hanya satu pelancaran Proton-M dilakukan, meletakkan satelit telekomunikasi Express-80 dan Express-103 ke orbit.

Iklan
Iklan

"Tahun depan, tiga pelancaran Proton-M sedang dirancang," kata sumber industri ruang angkasa kepada Sputnik.

Jurucakap agensi angkasa Rusia, Roscosmos berkata, jadual pelancaran untuk tahun 2021 belum dimuktamadkan.

Iklan
Iklan

Menurut draf perancangan yang diperoleh Sputnik, pelancaran roket pembawa Proton-M dengan modul Nauka ("Sains") baharu dari pusat angkasa Baikonur dijadual pada 15 Julai. -Bernama