AllianceDBS Research mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Bermaz Auto
Iklan
ALLIANCEDBS Research mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas Bermaz Auto Bhd (BAuto), pengedar rasmi kereta dan alat ganti Mazda di Malaysia dan Filipina susulan momentum pendapatan kukuh yang berterusan bagi suku ketiga tahun kewangan 2019.
"Terdapat peluang untuk meningkatkan potensi pendapatan menerusi jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) sebagai enjin pertumbuhan,” katanya dalam nota hari ini.
Iklan
Iklan
Firma penyelidikan itu berkata momentum pendapatan yang kukuh itu akan berterusan, disokong oleh peningkatan tempahan dan pelancaran baharu kenderaan.
"SUV yang semakin popular akan memberikan manfaat kepada BAuto – dipacu oleh CX-5 baharu dan pelancaran CX-8 pada masa akan datang,” katanya.
Iklan
AllianceDBS Research berkata, model kenderaan pacuan empat roda (4WD)/SUV di Malaysia telah menyumbang kepada pertumbuhan industri yang memberangsangkan sejak 2016 dan pada masa yang sama, bahagian pasaran Mazda dalam segmen tersebut berkembang baik daripada sembilan peratus kepada 12 peratus bagi tempoh sama.
AllianceDBS Research mengekalkan saranannya ke atas saham BAuto dengan harga sasaran pada RM3.00.
Iklan
Pada 10.49 pagi, harga saham Bermaz Auto menyusut satu sen kepada RM2.19 dengan 148,300 lot bertukar tangan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>