Daging import Ramly Burger halal, dipantau Jakim

Iklan
Ramly Food Prosessing Sdn Bhd

SHAH ALAM - Pengeluar makanan proses, Ramly Food Prosessing Sdn Bhd (RFPSB) mengesahkan pihaknya hanya mengimport daging dan lain-lain bahan mentah terus daripada pengeluar dan dipantau sendiri oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara berkala.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ramly Mokni berkata, ia juga disahkan halal tanpa penglibatan orang tengah.

Iklan
Iklan

"RFPSB adalah sebuah syarikat bumiputera Muslim yang dimiliki oleh sebuah keluarga dan kami amat menitikberatkan serta berhati-hati dalam isu ini sejak dahulu lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, merujuk kepada kenyataan media Jakim pada 23 Disember lalu berkenaan isu daging seludup, pihaknya menyambut baik saranan jabatan itu dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar tiada mana-mana pihak boleh mengulas isu itu selagi siasatan penuh belum selesai.

Iklan

Pada Rabu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Datuk Abdul Aziz Jusoh menasihatkan semua pihak tidak memberi sebarang ulasan dan pandangan yang boleh menjejaskan kredibiliti kes penyiasatan daging seludup yang menjadi kontroversi ketika ini.

Katanya, kes yang hangat diperkatakan itu masih dalam siasatan KPDNHEP dan sebarang kenyataan berhubung kes itu dikhuatiri secara tidak langsung boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Isu kartel daging: Siasatan di bawah dua kesalahan cap dagangan

Nama syarikat terlibat kartel daging haram didedah selepas pendakwaan

Kartel tukar daging haram jadi halal