15 peratus rakyat Malaysia hidap penyakit buah pinggang kronik

Iklan
Kebanyakan pesakit hanya mengetahui menghidap penyakit buah pinggang apabila sudah berada pada tahap yang serius. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan 15 peratus daripada rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang kronik pelbagai peringkat.

Katanya, kebanyakan mereka hanya mengetahui mengenai penyakit itu apabila sudah berada pada tahap yang serius.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, perkara yang membimbangkan ialah golongan itu juga tidak menyedari mereka menghidap penyakit berkenaan.

"Ini berikutan pesakit tidak mempunyai gejala di peringkat awal dan apabila seseorang pesakit bergejala, sering kali mereka di tahap serius," katanya ketika berucap melancarkan laman web, MYBuahPinggang.com secara maya hari ini.

Iklan

Laman web tersebut dibangunkan oleh Persatuan Tweet Perubatan Malaysia #MedTweetMY dan disokong oleh perkhidmatan nefrologi KKM, Persatuan Nefrologi Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan dan Astra Zeneca.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berharap laman web MYBuahPinggang.com dapat dijadikan pusat sehenti untuk orang awam dan pesakit mendapatkan maklumat sahih mengenai kesihatan buah pinggang.

Iklan

"Saya juga difahamkan ia akan diperluaskan dalam jangka masa terdekat untuk merangkumi pelbagai aspek lain seperti pendidikan pesakit pra-dialisis dan pendidikan diabetes," ujarnya.

Tegasnya, tahap kesedaran rakyat Malaysia diharap akan bertambah baik dengan kewujudan laman web MYBuahPinggang.com dan seterusnya dapat mengurangkan penyakit kegagalan fungsi buah pinggang di negara ini pada masa akan datang.