AMK anggap ‘Grand Coalition’ sebagai idea pramatang
Iklan
Ahmad Syukri Che Ab Razak
SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menganggap ‘Grand Coalition’ atau gabungan besar pembangkang sebagai idea yang pramatang kerana strategi itu sudah lama diamalkan dalam politik negara.
Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Che Ab Razak berkata, semua pihak memahami objektif gabungan itu yang membabitkan kesatuan pembangkang membentuk pertembungan dwi blok.
Iklan
Iklan
Katanya, pembentukan itu mencerahkan peluang pembangkang untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.
"Walaupun formula idea ini berpotensi menjamin kemenangan dalam PRU,namun perbincangan ini tidak akan berkembang jika ia hanya berfokus kepada kuantiti dan jumlah ahli dalam parti.
Iklan
"Mungkin apa yang mereka mahukan ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) membentuk gabungan baharu dengan parti lain seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) dan lain-lain.
"Alasan mereka cukup idealis iaitu dengan gabungan yang besar dan ramai, pembangkang akan lebih kuat menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Iklan
Bagaimanapun menurut Ahmad Syukri, adalah amat pra-matang jika perbincangan mengenai ‘Grand Coalition’ itu hanya berlegar di sekitar saiz atau nombor.
Beliau menegaskan supaya menilai sejarah perjuangan politik pembangkang yang lepas sebagai peringatan.
"Kita wajar belajar sejarah perjuangan panjang politik pembangkang di Malaysia. Bagaimana persefahaman yang rapuh akhirnya menyebabkan kesatuan pembangkang hancur.
"Tidak perlu pergi terlalu jauh, lihat saja sikap kepimpinan PH sewaktu menjadi kerajaan selama 22 bulan.
"Tanpa segan silu ada yang menyebut ‘manifesto bukan kitab suci’ yang menyebabkan rakyat meremehkan keseriusan PH dalam menunaikan janji,” jelasnya.
Terdahulu, Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyarankan supaya parti pembangkang membentuk gabungan besar iaitu ‘Grand Coalition’.
Katanya, kerjasama itu penting untuk menghadapi PRU yang mungkin diadakan pada bila-bila masa.
BERITA SEMASA 3 MEI 2024
Pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah mendapatkan penjelasan daripada Khairul Azhari Saut berkaitan isu hutang, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkembangan tersebut akan dimaklumkan sendiri kepada umum oleh calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu itu kerana ia melibatkan isu peribadi.
Sebelum ini tular satu hantaran di media sosial yang mempersoalkan kredibiliti calon PN kelahiran Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baharu itu yang didakwa masih dibelenggu hutang bernilai RM37,363 dengan syarikat penyedia perkhidmatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662633/berita/politik/isu-hutang-calon-pn-pimpinan-bersatu-sudah-diberi-penjelasan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com