Covid-19: Lebih 30,000 pesakit sembuh di Sabah
Iklan
KOTA KINABALU - Seramai 33,571 pesakit Covid-19 di Sabah telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital setakat hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan Covid-19 berkata, 214 pesakit sembuh hari ini berbanding 239 direkodkan semalam.