Covid-19: Kes terus meningkat, 1,247 kes positif hari ini

Iklan
Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Bilangan kes baharu positif Covid-19 di negara ini mencatatkan angka 1,247 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak 101,565 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Dr Noor Hisham berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 18,576 kes.

Iklan
Iklan

Katanya, daripada kes baharu pada Jumaat, 461 kes direkodkan di Selangor.

"Daripada jumlah itu, 309 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat Covid]-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya mengenai perkembangan situasi semasa Covid-19 pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, Sabah merekodkan jumlah kedua tertinggi iaitu 225 kes diikuti Johor (205 kes), Kuala Lumpur (140), Negeri Sembilan (89), Perak (55), Pulau Pinang (25), Melaka (14), Pahang (11), Labuan (8), Putrajaya (7), Kelantan (4) dan Sarawak (3).

Katanya, sejumlah 211 kes pula berkaitan kluster-kluster di lokap, depoh tahanan imigresen dan penjara membabitkan Kluster Tembok Gajah (113 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (86), Kluster Tembok (8) dan Kluster Pompod (4).

Iklan

"Sebanyak 1,441 kes pulih direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif sembuh ialah 82,540, manakala 108 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 47 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Memperincikan kes kematian pada Jumaat, Dr Noor Hisham berkata, ia melibatkan seorang lelaki berusia 76 tahun di Hospital Lahad Datu, Sabah dan seorang wanita berumur 64 tahun di Hospital Sungai Buloh yang kedua-duanya adalah warga tempatan.

"Satu lagi kematian ialah seorang lelaki bukan warganegara berusia 65 tahun di Hospital Duchess of Kent, Sandakan menjadikan kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di negara ini sebanyak 449 kes," katanya.