Tukang cat mengaku salah lakukan sumbang mahram terhadap adik

Iklan
Mahkamah menetapkan 5 Januari 2021 untuk menjatuhkan hukuman terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah melakukan sumbang mahram terhadap adik kandungnya, Ogos lepas.

KUALA LUMPUR - Seorang tukang cat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik kandungnya, Ogos lepas.

Lelaki berusia 25 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Mahyon Talib.

Iklan
Iklan

Tertuduh didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu abang kandung, telah didapati melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan berumur 21 tahun, ketika kejadian yang merupakan adiknya di mana hubungan tersebut adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum, agama, adat, atau kebiasaan, berkaitan bagi lelaki dan perempuan tersebut untuk berkahwin dengan orang itu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di dalam sebuah rumah di Jalan Sepakat Off Klang Lama di sini pada Ogos lepas, mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Mohd Jafri memohon tarikh lain untuk sebutan bagi fakta kes dan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 5 Januari 2021 untuk menjatuhkan hukuman terhadap lelaki tersebut. - Bernama

Iklan