PGA rampas arak, rokok seludup

Iklan
Polis menahan dua lelaki dan merampas arak dan rokok seludup dalam dua serbuan berasingan di Kampung Baru Ban Foo, Ulu Tiram, Johor Bahru, pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Kegiatan menyimpan minuman keras dan rokok seludup di dua premis terbongkar selepas diserbu polis di Kampung Baru Ban Foo, Ulu Tiram di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, menerusi serbuan pada jam 4 petang itu, dua lelaki berusia 46 dan 68 tahun ditahan.