Patuhi SOP ketika adakan program berkhatan
Iklan
Zulkifli Mohamad Al-Bakri
BANGI - Pihak yang ingin melaksanakan program berkhatan diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan selain penganjur perlu memastikan penjarakan fizikal diamalkan sepanjang program berlangsung.
Iklan
Iklan
Mengambil contoh program Khatan Is'aadul Usrah 2020 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di sini hari ini, beliau berkata, Yadim telah memastikan program berkhatan ini dilaksanakan dengan mengikut SOP ditetapkan.
"Program berkhatan ini dibuat dengan mengambil kira SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM)... Kita juga telah maklum semua pihak (yang ingin laksana program berkhatan) untuk sentiasa mematuhi SOP," katanya selepas melancarkan program yang disertai oleh 16 peserta di Poliklinik Sri Putra di sini hari ini.
Iklan
Program Khatan Is'aadul Usrah 2020 dijalankan serentak di seluruh negara dengan kerjasama Pertubuhan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) khusus untuk meringankan beban ibu bapa, penjaga asnaf dan golongan B40 dalam melaksanakan tuntutan ibadah berkhatan.
Mengulas program Khatan Is'aadul Usrah 2020, Zulkifli berkata, program ini membolehkan Yadim menyantuni setiap lapisan masyarakat terutama mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Iklan
"Program ini bukan sahaja kita santuni anak yang berkhatan tetapi ibu bapa dan bantuan akan diberikan kepada mereka ini... ini merupakan program yang dianjurkan setiap tahun dengan peruntukan RM30,000," katanya.
Sementara itu, seorang peserta Amir Faizal Mohd Raffles, 38, berkata program ini secara tidak langsung dapat meringankan ibu bapa yang terkesan dengan keadaan ekonomi tidak menentu akibat pandemik Covid-19.
"Saya bersyukur kerana terpilih dalam program ini dan dapat melaksanakan ibadah khatan kepada anak Nor Muhammad Zachery... saya berterima kasih kepada Yadim serta semua pihak yang menjayakan program ini," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>