Nama syarikat terlibat kartel daging haram didedah selepas pendakwaan
Iklan
Antara laporan Sinar Harian berkaitan kartel daging haram.
HULU TERENGGANU - Nama sebuah syarikat tempatan yang disyaki terlibat kartel daging haram akan didedahkan selepas proses pendakwaan minggu depan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, setakat ini nama beserta jenama produk daripada syarikat terbabit tidak boleh didedahkan kepada umum.
Iklan
Iklan
"Saya difahamkan kes melibatkan sebuah syarikat akan dibawa untuk proses pendakwaan di mahkamah minggu depan.
ARTIKEL BERKAITAN: Kartel henti operasi seketika
Iklan
Kartel ciplak tiga jenama daging Australia
30 pusat pengedaran dipercayai ada kaitan kartel
Iklan
Kartel tukar daging haram jadi halal
"Setakat ini kita tidak boleh dedahkan lagi kerana ia masih dalam siasatan dan akan didedahkan selepas kes ini dibawa ke mahkamah," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Menerong, Ajil, di sini, hari ini.
Rosol (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir ketika lawatan ke PPS Kg Menerong, Ajil di Hulu Terengganu, hari ini.
Terdahulu, sebuah syarikat tempatan yang dipercayai terlibat dengan kartel daging haram ditukar menjadi halal bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Sinar Harian membongkar taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>