'Amanah terus perjuangkan soal gabungan'

Iklan
Mohamad

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) akan terus memperjuangkan soal gabungan dan dalam masa yang sama meramaikan kawan serta mengurangkan musuh.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun rakan yang ingin ditambah itu perlulah berprinsip bagi mencapai keadilan, integriti dan mempunyai keupayaan membentuk kerajaan yang lebih baik sekiranya pembangkang kembali berkuasa semula.

Iklan
Iklan

"Sebab itu peranan kita sekarang ini ialah meramaikan kawan dan kurangkan lawan. Barulah kita akan mendapat sokongan majoriti daripada rakyat.

"Kawan yang ada jangan kita tinggalkan, kawan baharu mesti ditambah. Ini perlu ada kepada kita untuk lebih kuat pada masa akan datang dan lebih berprinsip," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan kali ke-5, di sini hari ini.

Iklan

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Pejuang Tanahair, Datuk Marzuki Yahya dan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyarankan supaya parti pembangkang membentuk gabungan besar (grand coalition).

Jelasnya, kerjasama itu penting untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang mungkin diadakan pada bila-bila masa.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, kekuatan baharu perlu dicapai menerusi penambahan rakan bagi menghadapi situasi sama ada mengambil alih pemerintahan secara segera daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau PRU15 yang semakin dekat.

"Banyak khabar angin tentang PRU ini, ada yang kata Mei 2021, ada kata Jun tahun depan. Apa pun ia semakin dekat.

"Ini kerana kita tahu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bebas dalam membuat keputusan. Dengan kata lain kelebihan tiga majoriti di Dewan Rakyat menyebabkan dia terhimpit.

"Kita mahu pemilihan kerajaan berlaku secara demokrasi. Biar rakyat memilih. Kalau PRU lepas kita menang dan selepas itu pada PRK ada yang kita kalah tetapi kalau kalah disebabkan oleh rakyat menghukum, kita terima. Akan tetapi dijatuhkan dengan cara pintu belakang ia tidak boleh diterima," katanya.

Mohamad berkata, sebagai sebuah parti baharu, Amanah menang besar dalam PRU14 dengan 11 kerusi Parlimen dan menang di kerusi Dewan Undang Negeri (DUN) di banyak negeri.

"Pas tak menang di Melaka, kita menang di dua kerusi, Pas jarang menang di Perak, kita menang enam, Pas di Johor menang satu atau dua kerusi tetapi kita menang sembilan.

"Ertinya kekuatan kita begitu sekali kerana bersama rakan-rakan lain iaitu PKR, DAP dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mendokong kuat," katanya.