Lima syarikat telekomunikasi sedia kemudahan internet

Iklan
SKMM menghargai syarikat telekomunikasi bantu calon-calon SPM dan STPM dan golongan B40.

SHAH ALAM – Lima syarikat telekomunikasi terkemuka negara menyediakan pelbagai kemudahan berkaitan internet kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan bermula suku pertama tahun depan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan pada Sabtu berkata, kemudahan itu memberikan manfaat kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan isi rumah B40.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan termasuk Pakej Data Khas kepada calon-calon SPM dan STPM sehingga tamat peperiksaan pada akhir tahun 2021.

"Di bawah Pakej Data Khas berkenaan, lima syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia (TM) akan menawarkan kemudahan pas data prabayar pada harga RM20 untuk 15GB bagi tempoh 30 hari bermula 6 Januari 2021.

Iklan

"Bagi program Learning From Home (LFH) oleh syarikat YTL dilanjutkan sehingga tamat peperiksaan SPM dan STPM. Di bawah LFH ini, pakej percuma dan kad sim juga ditawarkan kepada pelajar di seluruh negara,” kata SKMM.

SKMM berkata, lima syarikat telekomunikasi berkenaan turut melanjutkan kelas dalam talian percuma.

Iklan

"Celcom menyediakan program Tuisyen Rakyat, Digi menyediakan Jom Tuisyen, Maxis menyediakan e-Kelas, Telekom Malaysia menyediakan program I-Learn Ace manakala YTL Learn From Home (kad sim percuma dengan data sebanyak 40GB, kandungan percuma & telefon percuma untuk pelajar daripada keluarga B40),” katanya,

Katanya, waktu operasi Pusat Internet Komuniti (PIK) akan dilanjutkan daripada 9 pagi sehingga 9 malam bagi memberikan peluang kepada calon-calon SPM dan SPM serta B40 untuk memanfaatkan kemudahan untuk sesi pembelajaran dan urusan seharian mereka.

"Turut dilaksanakan di bawah inisiatif ini ialah pemberian capaian WiFi percuma di kawasan umum di 130 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara sehingga akhir April 2021 oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, TM dan TIME.

"SKMM berharap agar calon-calon SPM, STPM dan kumpulan isi rumah B40 akan dapat memanfaatkan dengan sebaik mungkin kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan ini demi manfaat mereka bersama,” kata kenyataan itu.