Usah kejar bayang-bayang

Iklan
Anwar (tengah) berbincang bersama sebahagian ahli Parlimen pembangkang - Foto Bernama

AWANG boleh faham kecewanya pembangkang dengan ketua mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memang Awang tak terkejut apabila Lim Guan Eng (DAP) dan Mohanad Sabu (Amanah) keluar kenyataan yang pedas tentang Anwar.

Iklan
Iklan

Mereka nasihatkan beliau supaya berhenti mengejar bayang-bayang. Lebih kurang maksudnya jangan jadi Mat Jenin.Mereka juga berkata, PH perlukan anjakan baharu. PH patut kuatkan barisan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Tak usahlah nak habis masa untuk pancing ahli Parlimen UMNO sokong mereka dalam hal menolak belanjawan.

Iklan

Tak payahlah diharapkan orang UMNO berpaling tadah sokong PH untuk jatuhkan Tan Sri Perdana Menteri.Awang setuju sangat dengan Guan Eng dan Mat Sabu. Anwar tak serik-serik guna taktik lama untuk goncangkan politik negara.

Masa zaman Pak Lah, dia buat sekali. Kali ini, dia bagi gempar lagi. Dia juga begitu yakin bahawa ada ahli Parlimen UMNO yang akan bersama pembangkang untuk tolak belanjawan.

Iklan

Awang rasa memang ada krisis kepimpinan dalam kem pembangkang sekarang. Awang tahu penyokong pembangkang di luar memang marah dengan apa yang berlaku.

Belanjawan yang dikatakan tak menepati hasrat rakyat tetap lulus. Tak usah mimpilah nak buat undi tak percaya pada Tan Sri Perdana Menteri.

Ada pihak yang kata ini masanya untuk tukar pemimpin pembangkang.