'Satu mainan, satu surah'

Iklan
Shuib dan Sarah - Foto Instagram
USAHA pelawak, Shuib dan isteri, Siti Sarah Raisuddin menetapkan peraturan baru terhadap anak-anak mereka mendapat pujian daripada netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Shuib berkongsi sepotong video yang memperlihatkan anak lelakinya Uwais Al Qarni, 7, perlu menghafal satu surah untuk mendapatkan satu mainan.

"Peraturan baru, satu mainan, satu surah," tulisnya.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Lebih melucukan, Uwais sempat bertanya bagaimana sekiranya dia salah membaca surah tersebut dan Sarah menjawab :"Kalau salah tak ada mainan."

Rata-rata pengikut Shuib memuji usaha pasangan suami isteri ini yang menerapkan unsur pengajaran dan pembelajaran sebelum anak mendapatkan sesuatu.

Selain Uwais, Shuib dan Sarah turut mempunyai dua anak iaitu Dzakira Talita Zahra, 5, dan Ariq Matin, 3.