Kes kematian Covid-19 meningkat di Jordan, Gaza

Iklan
Foto 123RF

ISTANBUL - Jordan dan Gaza pada Rabu mengumumkan lebih banyak kematian Covid-19 ketika usaha membendung penularannya masih berterusan.

Kementerian Kesihatan Jordan berkata, 28 orang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah kematian di negara ini kepada 3,465 orang, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Menurut kementerian itu, 2,561 individu lagi dijangkiti menjadikan jumlah keseluruhan 267,585. Seramai 4,029 pesakit pulih, dengan keseluruhan ialah 230,274.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan, 1,015 orang disahkan positif Covid-19 jumlah harian tertinggi sejak virus itu mula dikesan pada Ogos.

Iklan

Kes baharu keseluruhan ialah 31,161.

Sebanyak 2,427 lagi ujian saringan dilakukan, 41 peratus daripadanya dilaporkan positif. - Bernama

Iklan