Perkhidmatan feri

Iklan

Mulai 1 Januari 2021 perkhidmatan feri untuk kenderaan empat tayar tidak akan disediakan setelah berkhidmat selama 126 tahun.

Penang Port Sdn Bhd (PPSB) iaitu ahli kepada MMC Group akan mengambil alih operasi perkhidmatan feri daripada Prasarana Malaysia Berhad iaitu selaras dengan ketetapan jemaah menteri pada 18 Dis 2019.

Iklan
Iklan

Jemaah menteri juga bersetuju supaya Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan dana sebanyak RM30 juta kepada PPSB untuk pembelian empat unit katamaran baru bagi menggantikan feri.