Widad, Rinani bekerjasama pasarkan vaksin Covid-19 di Malaysia
Iklan
Widad bekerjasama dengan Rinani bagi pengedaran, pemasaran dan penjualan vaksin Covid-19, Vxa-Cov2-1 di Malaysia. (Gambar hiasan)
KUALA LUMPUR - Widad Group Bhd telah bekerjasama dengan Rinani Dynamic Sdn Bhd bagi pengedaran, pemasaran dan penjualan vaksin Covid-19 yang dikenali sebagai Vxa-Cov2-1 dan produk lain yang dibangunkan oleh Vaxart Inc di Malaysia.
Vaxart Inc ialah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Iklan
Iklan
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Widad berkata, ia telah memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Rinani, yang terlibat dalam perniagaan khidmat nasihat pelaburan dan aktiviti perundingan pengurusan yang lain.
Widad berkata, Rinani pada 29 November telah dilantik oleh Majoriti Global Limited yang berpangkalan di Hong Kong sebagai rakan eksklusifnya di Malaysia bagi membentangkan, berbincang dan berunding dengan pihak berkuasa dan pihak berkaitan berkenaan terma dan syarat bagi ujian, penilaian, lokasi pasaran, kontrak, pembiayaan dan pembelian vaksin dan produk lain di Malaysia.
Iklan
"Walaupun Widad mungkin tidak mempunyai pengalaman sebelum ini untuk melaksanakan pengagihan vaksin, Widad akan mengupah pegawai penting yang berpengalaman luas bagi mengurangkan risiko dalam masa terdekat," katanya.
Widad berkata, MoC akan berkuatkuasa untuk tempoh setahun selepas pelaksanaan oleh kedua-dua pihak dan mungkin boleh dilanjutkan oleh kedua-dua pihak. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>