KLANG - Pekerja kilang kopi Chuan Hoe, Nasir, 37, mengeluarkan kepingan kopi selepas dimasak dengan campuran gula dan marjerin sebelum dikisar untuk dijadikan serbuk ketika tinjauan di Kampung Jawa, hari ini.
Menurut pemilik kilang kopi tersebut, Tan Loon Chuan, 63, ia merupakan generasi ketiga meneruskan perusahaan kopi tradisional ini daripada datuknya sejak tahun 1959.