Bangunan runtuh di Luxor ragut tiga nyawa
Iklan
LE CAIRE - MESIR. Seorang wanita Jerman dan dua kanak-kanak warga Mesir terbunuh pada Selasa apabila sebuah bangunan runtuh di kawasan kediaman bandar Luxor di selatan negara itu, kata seorang pegawai keselamatan kanan kepada AFP.
"Setakat ini terdapat seorang pelancong Jerman meninggal bersama dua kanak-kanak warga Mesir,” kata pegawai itu, bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.