Covid-19 di AS kini ragut lebih 300,000 nyawa

Iklan
New York melaporkan 35,643 kematian, kekal negeri paling banyak mencatatkan korban diikuti Texas 24,414. Foto: agensi

NEW YORK - Amerika Syarikat (AS) melalui episod mengerikan apabila jumlah korban Covid-19 mencatatkan seramai 300,267 orang pada Isnin dengan keseluruhan jangkitan kes sebanyak 16.3 juta, memetik data Johns Hopkins University lapor agensi berita Xinhua.

New York melaporkan 35,643 kematian, kekal negeri paling banyak mencatatkan korban diikuti Texas 24,414.

Iklan
Iklan

California, Florida dan New Jersey pula merekodkan lebih 17,000 kematian.

Negeri yang melaporkan korban melebihi 10,000 termasuk Illinois, Pennsylvania, Massachusetts, Michigan dan Georgia.

Iklan
Iklan

AS diramalkan akan mencatatkan jumlah korban seramai 502,256 orang menjelang 1 April 2021 berdasarkan unjuran semasa. - Bernama