Semua boleh pilih sesiapa sahaja mereka mahu sokong: Ku Li
Iklan
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah ketika mengadakan sidang media penting di sini hari ini. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan semua pihak memiliki kebebasan untuk memilih sesiapa sahaja yang mereka sokong dalam menjalankan kerjasama politik.
Beliau yang berkata demikian susulan pengumuman terbuka ahli Parlimen Gua Musang itu berhubung kerjasama beliau bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Beliau juga mempersoalkan tindakan disiplin yang akan dihadapi berikutan kerjasama itu.
"Tindakan disiplin apa?
Iklan
"Semua orang boleh memilih sesiapa sahaja yang mereka hendak sokong,” katanya ketika menjawab soalan pemberita mengenai jangkaan beliau dengan sebarang tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadapnya.
Turut hadir pada Sidang Akhbar Bersama Tengku Razaleig dan Mahathir Mohamad ialah Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya.
Iklan
Sementara itu, Tengku Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li turut menyatakan bahawa beliau tidak akan menyertai pengundian Belanjawan 2021 bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat esok.
Pada masa sama, kedua-dua tokoh politik negara itu turut membayangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bakal hilang majoriti
hasil undian Belanjawan 2021 dibentangkan untuk bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat esok.
Berikutan itu, kedua-dua mereka buat pertama kalinya secara terbuka menyatakan kesepakatan untuk bekerjasama bagi membantu menerajui kerajaan baharu yang perlu ditubuhkan nanti.
Sementara itu Mahathir berkata, beliau bersedia bekerjasama bersama Tengku Razaleigh atau Ku Li bagi memulihkan semula keadaan negara yang kini disifatkan telah lari daripada landasan sebenar.
Menurutnya, beliau dan Ku Li sedia membantu kerajaan baharu yang ditubuhkan nanti demi menjadikan semula Malaysia sebagai negara yang berdaya maju.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil