Dua polis didakwa cabul, peras ugut dan seks oral

Iklan
Mohd Hanafi (dua, kiri) dan Izauddin (kanan) mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Bazli di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan mencabul melakukan peras ugut dan seks oral terhadap pasangan tunang di Pengkalan Chepa di sini dua minggu lalu.

KOTA BHARU - Dua anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan mencabul, melakukan peras ugut dan seks oral terhadap pasangan tunang di Pengkalan Chepa di sini dua minggu lalu.

Tertuduh, Lans Koperal Mohd Hanafi Mohd Zaki, 35, dan Konstabel Mohammad Izauddin Abd Wahab, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka didakwa mengarahkan mangsa iaitu seorang pembantu kedai lelaki berusia 20 tahun melakukan kelucahan melampau ke atas tunangnya wanita berusia 20 tahun di kawasan kilang terbiar di Padang Tembak, Pengkalan Chepa di sini antara jam 10.45 malam hingga 12 tengah malam pada 4 Disember lalu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, mereka didakwa mengarahkan wanita berkenaan menghisap kemaluan mangsa lelaki serta melakukan pemerasan dengan meminta wang RM1,250 sebagai dorongan mereka tidak dirujuk kepada pejabat Agama pada masa, tarikh dan di lokasi yang sama.

Iklan

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika disabitkan bersalah.

Pada prosiding sama, Mohd Hanafi turut berdepan pertuduhan berasingam mencabul wanita berkenaan dan mengarahkan mangsa lelaki menanggalkan pakaian sehingga bogel dengan maksud mengaibkan kehormatan pasangan itu pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Iklan

Bagi tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara, Mohammad Izauddin didakwa secara berasingan atas pertuduhan mencederakan lelaki tersebut dengan menumbuk belakang telinga kiri sehingga lebam, mengarahkan mangsa wanita menanggalkan pakaian hingga bogel dengan niat untuk mengaibkan kehormatan serta melakukan persetubuhan luar tabii dengan mangsa wanita.

Kesalahan itu dilakukan di Jambatan Pak Nik Lah dan di tempat letak kereta di sebuah masjid di Padang Tembak antara tempoh serta tarikh yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali serta Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Azlinawati Mohd Arshad manakala mereka diwakil peguam, Mohd Firdaus Zainal Abidin dan Majdah Mohamad.

Mahkamah kemudian membenarkan Mohd Hanafi diikat jaminan RM20,000 manakala Mohammad Izauddin RM30,000 masing-masing dengan empat penjamin bagi kesemua pertuduhan.

Sebutan semula kes pada 17 Januari tahun.