Nahas libatkan tujuh kenderaan di lebuhraya PLUS

Iklan
Keadaan lokasi selepas kejadian. Foto ihsan bomba

SEREMBAN- Empat individu cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 261.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara kira-kira jam 3 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.09 petang.

Iklan
Iklan

"Sepasukan anggota bomba dan penyelamat Seremban telah diarahkan ke lokasi dan berdasarkan maklumat kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan anggaran keseluruhan mangsa adalah seramai 20 orang.

"Bagaimanapun, empat daripadanya iaitu dua lelaki dan dua wanita mengalami kecederaan ringan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Iklan
Iklan