Basikal jadi pengangkutan mesra alam sekitar, menjimatkan

Iklan
Banyak kebaikan dapat diperoleh daripada berbasikal yang bukan hanya untuk tubuh yang sihat tetapi juga dapat melindungi alam sekitar, menjimatkan minyak dan wang. Gambar kecil: Dr Zaini Ujang

SHAH ALAM - Aktiviti berbasikal yang kini dilihat sebagai satu bentuk riadah dalam kalangan masyarakat sebenarnya boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah pengangkutan di Malaysia.

Pakar gaya hidup lestari, Profesor Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata, selain dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran dan melindungi alam sekitar, basikal juga boleh dijadikan sebagai kenderaan bagi golongan berpendapatan rendah.

Iklan
Iklan

"Hal ini ketara di negara-negara maju terutamanya negara Skandinavia, mereka menggunakan basikal sebagai kaedah pengangkutan yang cepat, menyihatkan dan mesra alam.

"Namun begitu, amalan penggunaan basikal sebagai keperluan dan kaedah pengangkutan bagi golongan berpendapatan rendah dilihat tidak ketara di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Sinar Ahad semalam.

Iklan

Zaini berkata, faktor cuaca bukanlah penghalang jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain yang menjadikan basikal sebagai pengangkutan utama.

"Cuaca di Skandinavia lebih ekstrem di mana ketika sejuk, suhu mereka berada pada paras kurang 0 darjah Celsius, manakala ketika panas pula, ia boleh panas hingga 40 darjah Celcius.

Iklan

"Ketika trend berbasikal untuk mengurangkan pelepasan gas karbon berlaku di Eropah pada tahun 1990, kemudahan infrastruktur tidak baik.

"Namun keperluan dan desakan masyarakat yang mahu berbasikal untuk ke sekolah, tempat kerja dan lain-lain keperluan menyebabkan kerajaan beri pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang diperlukan seperti lebuh raya basikal,” katanya.