Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama

Iklan

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan berikutan orang ramai bercuti dan pulang ke kampung bersempena cuti sekolah serta perayaan Tahun Baharu Cina hari ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, setakat 2 petang ini, aliran trafik di bahagian selatan perlahan dari Machap ke Yong Peng.

Iklan
Iklan

"Turut perlahan di kawasan bangunan Sultan Iskandar dari arah Singapura menuju ke Malaysia,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar setakat ini.

Iklan
Iklan

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama