Bekas wartawan, Hardi Effendi meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Hardi Effendi

KUALA LUMPUR - Bekas wartawan Berita Harian, Hardi Effendi Yaacob meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Kampung Kerdas 3, Batu 6, Gombak dekat sini, malam tadi.

Portal berita melaporkan Allahyarham yang berusia 43 tahun pada mulanya mengadu pening kepala sebelum tidak sedarkan diri, kira-kira jam 10 malam.

Iklan
Iklan

Menurut adik iparnya, Haizatul Nur Amilin Mokhtar, ahli keluarganya kemudian menghubungi pihak hospital sebelum sepasukan anggota perubatan dengan sebuah ambulans tiba di kediaman abang iparnya tengah malam tadi.

"Anggota perubatan kemudian memberi bantuan pernafasan namun usaha itu tidak berjaya sebelum mengesahkan kematiannya.

Iklan
Iklan

"Jenazah kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk tujuan bedah siasat," katanya kepada sebuah portal berita.