NEC cipta peluang pekerjaan, tangani isu pengganguran
Iklan
SHAH ALAM - Pembentukan Majlis Pekerjaan Negara (NEC) adalah inisiatif kerajaan untuk mencapai sasaran cipta lebih banyak peluang pekerjaan serta menangani isu pengangguran.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan mesyuarat NEC secara maya hari ini yakin inisiatif penciptaan pekerjaan bermula tahun 2021 akan menjadi lebih terancang dan dilaksana secara menyeluruh, bersepadu dan berkesan.
Iklan
Iklan
Pejabat Perdana Menteri hari ini berkata, NEC dibentuk bagi merealisasikan strategi menjana dan mengekalkan pekerjaan selaras dengan matlamat pertama Belanjawan 2021 iaitu ‘Kesejahteraan Rakyat’.
Menurutnya, penubuhan tersebut adalah untuk memastikan pemulihan sektor ekonomi di Malaysia dengan pendekatan menyeluruh berpandukan data yang sepadan dengan permintaan industri semasa di samping mengambil kira faktor kesejahteraan rakyat serta ketahanan ekonomi negara.
Iklan
Selain itu, katanya, NEC berperanan meneruskan momentum pemulihan ekonomi dan meningkatkan penciptaan pekerjaan untuk menangani isu-isu seperti kekurangan pekerja di sektor tertentu, kesaksamaan peluang untuk golongan rentan dan penggajian.
Tambahnya, majlis ini dianggotai oleh menteri berkaitan yang akan disertai wakil sektor swasta dan industri, selain disokong oleh sebuah Pasukan Petugas Peringkat Tinggi dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara untuk menyelaras lima Pasukan Petugas Khas peringkat jawatankuasa kerja.
Iklan
"Selain penubuhan NEC, warganegara yang sedang mencari pekerjaan boleh mendaftar di portal MyFutureJobs https://www.myfuturejobs.gov.my/ yang merupakan pusat sehenti dan rujukan utama kepada rakyat berkaitan pekerjaan dan program peningkatan kemahiran serta latihan semula,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>