Hampir 48 bulan 'dihantui' masalah air
Iklan
Penduduk di kawasan perumahan Cina, Taman Rantau Jaya, Rantau Panjang mendakwa mereka sering berdepan masalah gangguan bekalan air bersih.
Rutin harian lebih 100 keluarga terjejas
RANTAU PANJANG - Lebih 100 keluarga di kawasan perumahan Cina, Taman Rantau Jaya di sini mendakwa mereka sering berdepan masalah gangguan bekalan air bersih yang sudah berlarutan hampir 48 bulan sekaligus menjejaskan segala urusan harian.
Wakil penduduk, Saw Phek Inn, 41, berkata, kebanyakan penduduk di sini terpaksa 'berjaga' pada waktu malam bagi mengelakkan mereka terlepas untuk mendapatkan bekalan air.
Iklan
Iklan
"Hal ini kerana air hanya akan ada sedikit pada waktu malam. Pada waktu siang bekalan tiada terus.
"Situasi ini cukup mencabar buat penduduk terutama warga emas,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Iklan
Penduduk hanya mampu termenung menunggu air keluar.
Menurutnya, kebanyakan penduduk sudah membuat laporan kepada pihak berwajib, namun tiada sebarang tindakan diambil kecuali melakukan pemeriksaan sahaja.
Katanya, mereka berharap pihak berkenaan dapat turun padang dan menyediakan satu solusi bagi meringankan beban penduduk yang terlibat.
Iklan
"Sebagai langkah alternatif ada dalam kalangan penduduk terpaksa membeli tangki untuk digunakan bagi menadah air.
"Kami pernah bercadang untuk membina telaga tiub, namun ia tidak sesuai kerana kandungan airnya berbau,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Pan Swan Chung, 53, berkata, mereka percaya berlaku kebocoran paip berhampiran kawasan itu.
Katanya, ia berpandukan kepada pancutan air yang keluar berhampiran kawasan berkenaan.
"Saya merayu sekali lagi kepada pihak berkenaan supaya melakukan pemeriksaan rapi bagi mengesan kebocoran itu,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>