Bekalan air di 861 kawasan di Selangor pulih sepenuhnya
Iklan
KUALA LUMPUR - Bekalan air di kesemua 861 kawasan di Selangor membabitkan tujuh wilayah di Lembah Klang yang mengalami gangguan sejak Selasa, pulih sepenuhnya pada jam 3 pagi tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, pemulihan itu melibatkan pengguna di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.