Dua anggota polis cedera, MPV dirempuh Myvi
Iklan
MPV dinaiki dua anggota polis yang dilanggar sebuah Perodua Myvi dari belakang di Mount Austin, Johor Bahru hari ini.
JOHOR BAHRU - Dua anggota polis cedera apabila kereta peronda polis (MPV) yang dinaikinya dilanggar sebuah kereta dari belakang di Jalan Mutiara Emas 7, Mount Austin di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kemalangan pada jam 11 pagi itu berlaku ketika kedua-dua anggota berkenaan sedang bertugas.
Iklan
Iklan
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian pemandu kereta Perodua Myvi yang gagal membrek dan terlanggar bahagian belakang MPV berkenaan.
"Akibat daripada pelanggaran tersebut, MPV telah terbabas melanggar tiang di tengah pembahagi jalan. Kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Beliau berkata, pemandu Perodua Myvi itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat.
Iklan
"Siasatan lanjut masih lagi diteruskan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>