PKPD di tiga lokaliti di Bentong, Pahang bermula esok

Iklan
Ismail Sabri - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Tiga lokaliti di daerah Bentong, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 23 Disember ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan itu ialah Ria Apartment, Amber Court Apartment dan rumah kongsi Kampung Semaut, berikutan 55 kes positif Covid-19 direkodkan di mukim tersebut.

Iklan
Iklan

"Majoriti (kes) melibatkan pekerja warga asing di lokaliti ini dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati ketiga-tiga lokaliti ini mempunyai risiko tinggi untuk berlaku penularan lebih ramai kerana kapasiti penduduk yang padat.

"PKPD di ketiga-tiga lokaliti ini akan melibatkan 4,351 penduduk,” katanya pada sidang akhbar perkembangan berkaitan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Iklan

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah akan dilanjutkan selama 14 hari lagi dari 11 hingga 24 Disember ini, atas nasihat dan penilaian risiko KKM. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Iklan