Dua lelaki ditahan kutip derma tanpa kebenaran

Iklan
Osman Mamat

IPOH - Polis menahan dua lelaki dipercayai mengutip derma bagi pihak Persatuan Bekas Polis Malaysia tanpa kebenaran di Jalan Assam Kumbang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, suspek berusia 27 dan 26 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.15 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kedua-dua suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah premis jualan kereta.

"Anggota telah memperkenalkan diri sebagai polis dengan menunjukkan Kad Kuasa Polis kepada kedua-dua suspek.

Iklan

Pemeriksaan ke atas tubuh badan kedua-dua dapati tiada apa-apa barang salah.

"Kedua-dua suspek memberitahu ingin membuat kutipan derma bagi mewakili Persatuan Bekas Polis Malaysia. Bagaimanapun, tangkap dilakukan setelah semakan mendapati kedua-dua suspek bukan ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia," katanya.

Iklan

Osman berkata, polis merampas dua pas, buku resit, surat kebenaran, telefon bimbit dan wang tunai RM350.

"Kedua-dua mereka didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Suspek direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(3) Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan Jalan 1947," katanya.