Pembantu kedai makan maut, gagal memotong
Iklan
BALIK PULAU - Pembantu kedai makan maut selepas motosikal yang ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah bas dalam kejadian di Jalan Sungai Nipah di sini pagi tadi.
Kemalangan yang berlaku jam 8 pagi itu mengakibatkan mangsa, Nor Arif f Bahari Rosli, 23, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.