Bung Moktar tawar diri jadi bahan uji vaksin Covid-19
Iklan
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin hari ini menawarkan diri menjadi orang pertama di Malaysia untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.
Sambil menyifatkan dirinya sebagai ‘panglima perang’, beliau bersedia untuk diuji dengan vaksin tersebut.
"Saya dengar khabar, bahawa vaksin ini sudah ada, dan Indonesia dah memeterai perjanjian dengan China dan negara-negara lain. Kenapa Malaysia belum? Kalau (sudah) ada vaksin ini, keluarkanlah.
"Dan kalau perlu diuji awal-awal, sayalah orang pertama menawarkan diri, ujilah, saya tak takut. Saya mahu sihat,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Terdahulu, ketika sesi perbahasan itu, Wong Ling Biu (PH-Sarikei) bangkit bertanyakan siapa orang pertama yang akan diuji dengan vaksin Covid-19 itu.
Beliau turut bertanya mengenai adakah keberkesanan vaksin Covid-19 dalam iklim tropika sudah teruji, dan adakah Malaysia mempunyai kemudahan untuk menyimpan vaksin itu.
Dalam pada itu, Malaysia menandatangani perjanjian pembelian awal dengan Pfizer untuk membeli 12.8 juta dos vaksin Covid-19.
ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan sasar 70 peratus rakyat terima Vaksin Covid-19 tahun depan
Individu pertama di dunia terima suntikan Covid-19
6.4 juta rakyat Malaysia bakal terima vaksin Covid-19: PM
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>