Mansuh saman trafik: PDRM belum putuskan
Iklan
Mohamad Fuzi (kanan) ketika sidang media majlis serah tugas Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini.
SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum membuat sebarang keputusan mengenai isu pemansuhan diskaun kepada pesalah trafik.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan terlebih dahulu mendapatkan butiran terperinci daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum sebarang keputusan dibuat.
Iklan
Iklan
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook yang mahu meluaskan dasar tiada tawaran diskaun terhadap mana-mana notis kompaun yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kesalahan lalu lintas kepada saman trafik dan saman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Mohamad Fuzi berkata, PDRM tidak berada di bawah Kementerian Pengangkutan sebaliknya di bawah KDN.
Iklan
"Kita (PDRM) perlu mendapatkan butiran lengkap terlebih dulu dan mungkin menyelaraskannya dengan KDN sebelum memberikan sebarang kata putus.
"Namun, dalam tempoh musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina ini, polis mengumumkan tidak akan memberi diskaun kepada pesalah trafik” katanya pada sidang media majlis serah tugas Ketua Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, petang tadi.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Menteri bincang dengan polis, batal diskaun saman
Beliau berkata, dalam situasi ini, PDRM tidak boleh bertolak ansur dalam usaha menurunkan kadar kemalangan jalan raya.
"Sebarang pemberian diskaun oleh cawangan atau IPK polis bukan dibuat sewenang-wenangnya kerana IPK yang terlibat perlu mendapat persetujuan daripada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.
"PDRM melaksanakan pemberian diskaun menerusi sesuatu program berbentuk kemasyarakatan," ujarnya.
Jelas beliau lagi, adakalanya, kesalahan (pesalah jalan raya) itu sudah banyak dan PDRM mahu meringankan beban mereka menerusi tawaran dalam program seumpamanya sekaligus menggalakkan orang ramai membayar saman.
Kerajaan tidak akan bertolak ansur sekiranya siasatan mendapati wujud unsur rasuah atau penyelewengan dalam pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur, eFishery, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, walaupun laporan awal menunjukkan tidak wujud unsur sedemikian, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti keseluruhan proses pelaburan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788595/berita/nasional/efishery-kerajaan-tidak-bertolak-ansur-jika-wujud-unsur-penyelewengan-atau-rasuah-dalam-keputusan-pelaburan---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.