Adibah Noor dedah cara penjurian AJL

Iklan

PENYANYI juga merupakan Johan Anugerah Juara Lagu Ke-21, Adibah Noor tampil mendedahkan cara penjurian AJL dilakukan.

Ujarnya menerusi Twitter, lagu-lagu yang layak ke peringkat AJL sudah diadili terlebih dahulu sebelum berlangsungnya persembahan final acara tersebut.

Iklan
Iklan

"Anda semua perlu tahu yang mana juara lagu sudah diputuskan sebelum malam final.

"Oleh itu, malam ini (Ahad) hanya enjoy persembahan sahaja lah ya," tulisnya.

Iklan

Pun begitu, terdapat sebilangan warganet yang salah tafsir.

Pada pemahaman mereka, keputusan pemenang sudah pun ada.

Iklan

Sementara itu, pengurus kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak tampil memberikan pencerahan lanjut.

"AJL dah 33 tahun. Saban tahun kita kena terangkan AJL pertandingan lagu bukan penyanyi.

"Penyanyi untuk vokal dan persembahan.

"Lagu itu penjuriannya ada beberapa kriteria seperti komposisi, susunan muzik, keaslian, lirik dan bukan hanya, melodi sedap! Campur semua = result," jelasnya.