KUALA LUMPUR - Tiga lelaki bertindak menyerang seorang pelanggan restoran kerana kereta mereka dihalang oleh kereta mangsa di ruang parkir di hadapan restoran tersebut di Jalan Metro Perdana, Taman Usahawan, Kepong, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian jam 9.50 malam itu, mangsa berusia 30 tahun bersama isterinya sedang menjamu selera apabila didatangi lelaki dalam keadaan mabuk sebelum memukul mangsa.