Banjir: Penduduk di Rantau Panjang sedia pindah

Iklan
Kawasan Kampung Bukit Lata sudah mula ditenggelami banjir ekoran limpahan air Sungai Golok.

RANTAU PANJANG - Trend air Sungai Golok yang semakin naik dan sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.57 meter setakat jam 3 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sini mula ditenggelami banjir.

Tinjauan Sinar Harian mendapati Kampung Kubang Chenok, Pekan Lama Rantau Panjang, Jalan Sekolah Cina, Tersang, Lancang, Tok Deh dan beberapa lagi kampung yang terletak di sepanjang Sungai Golok sudah ditenggelami banjir susulan limpahan air sungai sejak awal pagi tadi.