Majlis perkahwinan PKPB

Iklan
Kelihatan pasangan pengantin Mohammad Shaiful Nizam Rohadi (kiri) dan Nur Ayuni Abd Rahman (kanan) mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pellitup muka dan mengimbas suhu badan pada majlis resepsi perkahwinan ketika tinjauan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini.

Mohd Azman Mohd Nafi, 30, (kanan) dan Abd Halim Ahmad, 34,(kiri) dilihat sedang meletakkan guni berisi pasir sebagai benteng pemecah ombak ketika tinjauan di Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut.

Setiap kali musim tengkujuh penduduk di kawasan itu dihantui keresahan kerana hakisan pantai dan ombak yang kuat boleh memusnahkan kediaman mereka. Penduduk melahirkan kerisauan berikutan deretan benteng batu setinggi dua meter dijangka tidak bertahan lama memandangkan hakisan pantai dan ombak besar sering membadai setiap kali musim tengkujuh.

Iklan
Iklan