Budak perempuan parah jatuh apartment

Iklan
Mangsa dilaporkan parah dan mengalami patah tulang selangka kini dirawat di Hospital Putrajaya.

PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun parah selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kuarters perumahan penjawat awam di Presint 11 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu berlaku ketika mangsa sedang bermain di koridor apartment terbabit.

Iklan
Iklan

"Mangsa difahamkan sedang bermain baling botol di koridor sebelum ia terkeluar daripada koridor itu.

"Mangsa kemudiannya mengambil kerusi untuk memanjat bagi mengambil botol berkenaan sebelum terjatuh ke kawasan parkir motosikal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, insiden itu menyebabkan mangsa mengalami patah tulang selangka.

"Mangsa kini dilaporkan stabil setelah dirawat di Hospital Putrajaya," katanya.

Iklan

Katanya, pihak hospital turut memaklumkan kemungkinan tulang belakang dan tulang rusuk mangsa patah dan masih menunggu pengesahan doktor.